Monday, April 28, 2014

*AnAk-AnAk DiDiK*


Aku ajar kelas pemulihan Tahun 1 dan Tahun 3.. Jadi murid-murid aku xda la ramai sangat..

Tahun 1 ada 5 orang untuk kelas Quran dan Jawi..

Tahun 3 ada 3 orang untuk Quran dan 4 orang untuk Jawi..

Walaupun murid sikit tp cabarannya sama je dengan ajar murid yang ramai.. Pada diorang ni, kena bagi tumpuan yang lebih. Nama pn budak2 pemulihan.. memang tumpu betul2 pada diorang supaya nanti diorang dapat masuk & sama2 belajar dengan kawan2 mereka yang kelas perdana..

Diorang ni ceria je bila masuk kelas.. Kena marah ke, kena bebel ke dengan cikgu, muke innocent tu tetap terserlah.. 

Apa yang best bila ajar budak2 ni, kebanyakannya xpernah simpan dalam hati bila kita marah kan?

Lepas kena marah boleh pulak senyum2 tegur2 cikgu.. Aduhai!!! Nak marah pun kadang2 xjd.. Tengok diorang senyum, hati terus "cair"... hihi...

Banyak kali masuk kelas tapi masih xsempat lagi nk bergambar yg proper dengan budak2 ni suma.. Macam sedih pulak kalau nanti xdpt posting sekolah ni.. Tp apa pun, banyak kenangan da kat sekolah ni.. Pejam celik pejam celik, da setahun lebih kat sekolah ni.. Rase sekejap je.. 

Ni gambar ngan budak2 Tahun 1...






Comey2 je kan... Tetibe membayangkan Humaira gi sekolah mcm ni.. Tp lame lg la kan.. Sekarang pn baru 9 bulan... 

Love u all my kids♥♥



Yang niiii????


♥My Lovely daughter Aisyah Humaira♥


Thursday, April 24, 2014

*PrOgRaM MeReNtAs DeSa*

Program ni kami adakan pada 8 MAC 2014 sempena sekolah ganti untuk Tahun Baru Cina hari tu.. Semua murid terlibat termasuk la murid Pra Sekolah. Tahun ni Program Merentas Desa dibuat di luar kawasan sekolah. Memandang tahun lepas laluan Merentas Desa ni singkat sangat, so semua cikgu decide untuk guna laluan kebun belakang sekolah.

Memang seronok sebab dulu masa sekolah rendah setiap tahun join Merentas Desa ni.. Bila da masuk Sek Men je x sebab dah sekolah luar..

Semua guru telah diberikan tugas masing. Ada yang jadi penjaga masa, pencatat keputusan, pengiring dan sebagainya. Semua pihak memainkan peranan dengan baik.

Murid-murid pon seronok sebab waktu ni la mereka dapat menghilangkan tekanan belajar. Walaupun ada juga murid-murid yang pada awalnya tidak mahu mengambil bahagian, tetapi apabila melihat rakan2 lain bersemangat, mereka juga tetap bersemangat untuk turut serta..

Biarlah gambar berbicara yer…

Program dimulakan dengan senaman Aerobik di ketuai oleh Cikgu Azzilah..





Murid mendengar taklimat sebelum mula berlari..









Murid2 Pra dan Tahun 1 dilepaskan dahulu diikuti oleh Tahun 2 dan 3 seterusnya barulah murid2 Tahap 2 dilepaskan..






Murid merentas desa melalui laluan kebun di belakang sekolah..









Murid-murid keletihan setelah tamat Merentas Desa..






Hadiah disampaikan mengikut kategori…










Dan inilah saya yang menjaga laluan murid Merentas Desa.. hihi



Program ni setiap tahun mesti ada.. Tahun depan tak tahu la ada lagi ke tak kat sini..
Apa pun, sangat seronok bile sesekali dapat hilangkan tekanan macam ni walaupun dalam program sekolah...




Tuesday, March 25, 2014

*bLoG bArU*



As-Salam...

Blog lama sudah berkubur, so blog ni dicipta sebagai pengganti. 

Blog ni khas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.. Maklumlah, sekarang ni sudah bergelar Guru Pelatih. Jadi, banyak jugaklah perkara @ aktiviti yang boleh dikongsi dengan kawan2..

Harap-harapnya kawan-kawan lain pun nanti share la ye blog korang..

Semoga ketemu di lain post.. ehehe..