Thursday, April 24, 2014

*PrOgRaM MeReNtAs DeSa*

Program ni kami adakan pada 8 MAC 2014 sempena sekolah ganti untuk Tahun Baru Cina hari tu.. Semua murid terlibat termasuk la murid Pra Sekolah. Tahun ni Program Merentas Desa dibuat di luar kawasan sekolah. Memandang tahun lepas laluan Merentas Desa ni singkat sangat, so semua cikgu decide untuk guna laluan kebun belakang sekolah.

Memang seronok sebab dulu masa sekolah rendah setiap tahun join Merentas Desa ni.. Bila da masuk Sek Men je x sebab dah sekolah luar..

Semua guru telah diberikan tugas masing. Ada yang jadi penjaga masa, pencatat keputusan, pengiring dan sebagainya. Semua pihak memainkan peranan dengan baik.

Murid-murid pon seronok sebab waktu ni la mereka dapat menghilangkan tekanan belajar. Walaupun ada juga murid-murid yang pada awalnya tidak mahu mengambil bahagian, tetapi apabila melihat rakan2 lain bersemangat, mereka juga tetap bersemangat untuk turut serta..

Biarlah gambar berbicara yer…

Program dimulakan dengan senaman Aerobik di ketuai oleh Cikgu Azzilah..





Murid mendengar taklimat sebelum mula berlari..









Murid2 Pra dan Tahun 1 dilepaskan dahulu diikuti oleh Tahun 2 dan 3 seterusnya barulah murid2 Tahap 2 dilepaskan..






Murid merentas desa melalui laluan kebun di belakang sekolah..









Murid-murid keletihan setelah tamat Merentas Desa..






Hadiah disampaikan mengikut kategori…










Dan inilah saya yang menjaga laluan murid Merentas Desa.. hihi



Program ni setiap tahun mesti ada.. Tahun depan tak tahu la ada lagi ke tak kat sini..
Apa pun, sangat seronok bile sesekali dapat hilangkan tekanan macam ni walaupun dalam program sekolah...




No comments:

Post a Comment